Tarikh : 13 November 2019
Masa: 08.00 malam – 10.00 malam
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 13 November 2019 telah berlangsungnya program Bicara Buku : Kembara Mahsyar bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari. Program yang berunsurkan kerohanian ini telah menjemput penulis buku Kembara Mahsyar, Muhammad Faris Zulkharnane.

Program dijalankan secara santai yang diselang selikan dengan ulasan buku dan tayangan video yang amat menarik. Penulis juga berkongsikan pengalaman yang mana beliau merupakan CEO Nur El Hikmah dan alumni UiTM Cawangan Pahang.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa semua orang boleh menulis dan berjaya. Ia juga untuk memupuk budaya menulis dan membaca yang seterusnya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Selain itu memberi kesedaran pentingnya unsur kerohanian dalam kehidupan seharian. Kredibiliti panel jemputan berjaya menarik hampir 110 orang pelajar memenuhi ruang perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *