Program : Pameran Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1440H
Tarikh : 13 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Pameran Bubur Lambuk sempena menyambut Ramadhan 1440H. Terdapat 9 Resepi bubur lambuk yang boleh diketahui oleh pengunjung di pameran bubur lambuk tersebut. Antaranya adalah bubur lambuk Kampung Baru, bubur lambuk Terengganu, bubur lambuk Johor, bubur lambuk Pahang, bubur lambuk Pantai Timur, bubur lambuk Utara, bubur lambuk Ikan Tahai / Salai, bubur jagung / Borobbo Sabah dan bubur pedas Sarawak. Pameran ini bertujuan bagi memperkenalkan resepi-resepi bubur lambuk yang ada di dalam Malaysia yang tidak ramai mengetahui pada zaman kini. Pameran ini berlangsung selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.

Read More : https://www.facebook.com/pusatsumberuitm.kbm/media_set?set=a.2091182674313246&type=3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *