Tarikh: 23 April 2019
Masa: 11:00am – 11:30am

Program Inisiatif Membaca 2019 : “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes” adalah sebagai satu kempen nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti membaca dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di pejabat, di rumah, sekolah, pusat membeli belah atau di mana-mana sahaja melalui penglibatan seluruh masyarakat di Malaysia secara serentak.

Pelaksanaan program di Perpustakaan Tengku Anis telah melibatkan semua pelajar dan staf di Ruang Bacaan Perpustakaan Tengku Anis.

Kekuatan program :
Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes” yang menyelitkan aktiviti susulan dapat merangsang minat warga UiTM untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara melalui pembacaan. Antara aktiviti yang disediakan seperti permainan catur, congkak dan karom.

Jumlah Penyertaan
Seramai 122 orang yang telah menyertai program . “Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *