Tarikh: 29 ogos 2019

Masa: 3.30 – 4.30 petang

Penceramah: Ustazah Jamalia Aurani

Tempat: Library Cafe, PDJH

Membicarakan tentang pengajaran dari surah-surah terpilih dalam Al-Quran dalam memenuhi rukun Iman dan Islam:

Al-Kahfi – Mengelakkan fitnah Dajjal

Al-Mulk – Berkata tentang perkara yang baik ataupun diam

Al-Mukminun – Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Antara doa yang dikongsikan oleh Ustazah Jamalia dalam menjauhi fitnah Dajjal adalah seperti yang diriwayatkan dalam hadis. Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]

Read@Uni “With Knowledge We Lead”

#kitaUiTM #readatuni #Malaysiamembaca #UiTMmembaca #UiTMPerlismembaca #libraryUiTM #bicaraiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *