Inforace@PTAR

Program        : Inforace@PTAR

Tarikh             : 13 November 2019

Lokasi            : PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

Pertandingan Inforace ini merupakan salah satu inisiatif PTAR dalam usaha membudayakan warga kampus yang berpengetahuan dan mencintai ilmu. Pertandingan berkumpulan ini memerlukan peserta untuk membuat pencarian maklumat di Perpustakaan dengan menggunakan semua kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan di Perpustakaan disamping melalui beberapa cabaran kecil yang menguji minda serta fizikal mereka. Sebanyak 31 orang pelajar (8 kumpulan) telah terlibat dalam pertandingan ini. Di akhir pertandingan, hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pn. Wan Noorli Razali, Pensyarah Kanan Akedemi Pengajian Bahasa (APB) serta Pn. Farleen Azrina Zambri, Pustakawan PTAR Kampus Permatang Pauh.

Objektif:

  • Memberi kesedaran kepada pengguna bahawa maklumat boleh diperolehi dari pelbagai sumber.
  • Membina kemahiran dalam kalangan pengguna supaya lebih kreatif dan cekap dalam pencarian maklumat.
  • Menggalakkan penggunaan perpustakaan dalam kalangan warga kampus.
  • Memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.

Sasaran pengguna: Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang

Jumlah penyertaan: 31 orang

Pautan Foto Aktiviti:

Program Inforace PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada hari Rabu,13 November 2019 yang melibatkan seramai…

Posted by PTAR Kampus Permatang Pauh on Rabu, 13 November 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *