Program : Program Bual Santai Read @Uni : Jom Pakat Sihat!
Tarikh : 22 Oktober 2019
Lokasi : PTAR, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka (Kampus Alor Gajah) dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Melaka, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Melaka, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Melaka dan Unit Tabung Darah Hospital Melaka telah menganjurkan Program Jom Pakat Sihat sepanjang bulan Oktober 2019.

Kempen kesedaran yang mensasarkan warga UiTM Cawangan Melaka ini merupakan sokongan kepada Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 yang di sambut pada 10 Oktober setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dirangka seperti Program Bual Santai Depresi: Normal Ke? oleh Dr Yusri Salleh, Pegawai Perubatan dan Taklimat Pengenalan Pertolongan Cemas Asas oleh Encik Wan Mohd Faizul Adnan Wan Yahya, Penolong Pegawai Perubatan, Program Derma Darah, Ujian Saringan Kesihatan Mental, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran Kesihatan Mental.

Program Bual Santai Depresi: Normal Ke? oleh Dr Yusri Salleh, Pegawai Perubatan UiTM Cawangan Melaka
Taklimat Pengenalan Pertolongan Cemas Asas oleh Encik Wan Mohd Faizul Adnan Wan Yahya, Penolong Pegawai Perubatan UiTM Cawangan Melaka

Read more : http://bit.ly/32CVkoQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *