Tarikh         : 28 Julai 2019, Ahad
Tempat : Dewan Sri Temenggong, UiTM Cawangan Johor

Satu sesi taklimat perpustakaan kepada pelajar interim telah didakan di Dewan Sri Temenggong dengan kehadiran seramai 1400 orang pelajar. Modul 1 adalah berkaitan Introduction to Library Systems. Pelajar diberi penerangan berkaitan perkhidmatan, kemudahan, peraturan di perpustakaan dan pelbagai maklumat penting yang perlu diketahui.

Para pelajar telah diberikan tugasan dimana mereka peru berkunjung ke PTDI 1 dan PTDI 2, dengan mengenalpasti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Mereka turut diberi panduan menggunakan Chat With Librarian agar sebarang pertanyaan berkaitan perpustakaan dan perkhidmatan rujukan menggunakan saluran Chat With Librarian.

Diharapkan dengan sesi ini akan memberi manfaat kepada mahsiswa dan mahasiswi dalam meneruskan sesi pengajian di UiTM. Pihak perpustakaan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana telah terpilih menyambung pengajian di Universiti Awam, UiTM. Terima kasih dan tahniah kepada semua staf PTDI yang membantu menyalurkan maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *