Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Alt Text

Karnival Ilmu PTAR, UiTM Pulau Pinang

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Karnival PTAR 2025 — sebuah inisiatif berkonsepkan ilmu, interaktif dan santai, khusus untuk mendekatkan perpustakaan dengan komuniti kampus. Program ini dirancang sebagai platform menyeluruh yang menggabungkan elemen pembelajaran, hiburan dan kreativiti, selaras dengan peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang dinamik dan relevan dengan keperluan pengguna masa kini.

Karnival ini bertujuan untuk menggalakkan budaya kunjung ke perpustakaan, meningkatkan kesedaran terhadap pelbagai perkhidmatan dan sumber digital yang ditawarkan, serta memupuk hubungan erat antara perpustakaan dan warga kampus dalam suasana mesra, terbuka dan menyeronokkan.

Objektif Karnival

  1. Menggalakkan warga kampus supaya mengunjungi perpustakaan dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan.
  2. Merapatkan hubungan antara Perpustakaan dengan warga kampus dan komuniti sekitar.
  3. Mempromosi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
  4. Mendedahkan dan menggalakkan warga kampus untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik anjuran perpustakaan.
  5. Mewujudkan suasana perpustakaan yang inklusif, mesra pengguna dan interaktif.
  6. Membina jaringan kolaborasi antara PTAR dengan fakulti, pusat tanggungjawab dan organisasi luar.

Aktiviti Karnival

🩸 Derma Darah
🎮 Nintendo SWITCH games
🎮 Retro Arcade games
📚 Telaah: Bicara Buku
💰 Reruai Bijak Urus Wang
🛍️ Jualan Rahmah
💡 Wacana Warga
📖 Reruai Buku & Inspirasi
🌸 DIY Little Sakura