Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Program World #QuranHour 2026

Program World #QuranHour 2026 Semarak Penghayatan Al-Quran di PTAR UiTM Puncak Alam

11 Mac 2026 | 21 Ramadan 1447H (Rabu) – Program World #QuranHour 2026 telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Program ini turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Rasmi @PTARKPAUCS bagi membolehkan penyertaan yang lebih meluas dalam kalangan warga universiti dan masyarakat umum.

Mengangkat tema “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia”, program ini menampilkan sesi tadabbur Surah Al-Muzzammil yang mengandungi 20 ayat. Pengisian utama telah disampaikan oleh Mohd Hafiz Mohd Hasan, yang mengupas serta menghayati ayat-ayat Al-Quran dengan menekankan kepentingan pembentukan akhlak, keperibadian dan kekuatan rohani sebagai asas dalam membangunkan masyarakat berilmu dan berintegriti.

Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan warga universiti dengan Al-Quran, di samping melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelektual, spiritual dan sahsiah.

 

 

Tags: