Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Program TELAAH : Resensi Buku Bersama Penulis “Rempah dan Kari”

 

Puncak Alam, 18 November 2025  – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor meneruskan usaha memperkaya wacana ilmu melalui penganjuran Program TELAAH, bersama penulis buku “Rempah dan Kari”  sempena Program Karnival Ilmu dan Penyelidikan UCS 2025 : Kolaborasi Pintar Industri dan Mahasiswa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor.

Program ini menampilkan dua panel ilmiah berpengalaman yang akan berkongsi pandangan melalui penulisan buku “Rempah dan Kari” sebuah buku yang membawa pembaca menelusuri keunikan budaya, citarasa dan warisan kulinari tempatan.

🎤 Panel Wacana:

* Prof. Dr. Chemah Tamby Chik, Profesor dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Insdustri) Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Cawangan Selangor.

* Ts. Dr. Sabainah Bachok, Mantan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Selangor.

🎙️ Kemudi:

* Mohammad Sufian Abdul Manan, Penolong Pendaftar Kanan, Penerbit UiTM.

Selain program secara fizikal di Bilik Sage PTAR Kampus Puncak Alam, penonton turut berpeluang menyaksikan siaran langsung program melalui YouTube PTAR UiTM Cawangan Selangor. Program ini terbuka kepada warga UiTM serta Masyarakat umum selain menawarkan E-Merit kepada pelajar yang menyertai secara atas talian.

Pihak urusetia program menggalakkan penonton untuk Like, Share dan Subscribe saluran rasmi YouTube PTAR UiTM Cawangan Selangor bagi mendapatkan info terkini program ilmiah dan kandungan bermanfaat yang seterusnya.

🎥 Sertai siaran langsung di YouTube melalui pautan berikut:
👉 Live@PTARKPA

Orang ramai dijemput menonton dan melanggan saluran YouTube PTAR untuk mengikuti lebih banyak program ilmiah yang akan datang.