🚨 Ramai nak cepat kaya, tapi ramai juga yang kena ‘game’!
Jom buka mata dalam webinar “Nak Kaya atau Kena Game? Kenali Scam Pelaburan!”
Kita bongkar cara scammer manipulasi pelaburan dan bagaimana nak lindungi diri daripada skim palsu yang makin berleluasa!
MELAKA, 10 November 2025 – Program webinar bertajuk “Nak Kaya atau Kena Scam? Kenali Scam Pelaburan” telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya secara langsung melalui Youtube Channel PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Program yang dijalankan :
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka
1. Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka
2. Marubozu Traders (M) Sdn. Bhd.
3. Persatuan Alumni UiTM Melaka (UMAT)
bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai bentuk penipuan pelaburan yang kian berleluasa, serta cara mengenal pasti taktik dan helah yang sering digunakan oleh scammer.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh :
Managing Director, Marubozu Traders Sdn. Bhd.
Exco UMAT | NYDP (Alumni) Persatuan Mahasiswa iCEPS Melaka
yang berkongsi ilmu dan pengalaman berguna mengenai pelaburan sah, pengurusan kewangan berhemah dan tanda-tanda amaran pelaburan palsu.
Turut hadir ialah Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang menyatakan bahawa penganjuran webinar ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuh literasi kewangan dan keselamatan pelaburan digital dalam kalangan masyarakat agar lebih berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan janji pulangan lumayan dalam masa singkat.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan juga kepda YBhg Dr Mohd Halim bin Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka yang menyokong penuh program ini dijalankan.
Sambutan dan penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan bahawa kesedaran terhadap isu scam semakin meningkat. 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan untuk kita semua membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak, beretika dan selamat.
