Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Program TELAAH : Resensi Buku Bersama Penulis “Celik Fikir”

 

Program TELAAH Kupas Topik Pemerkasaan Adiwangsa

Puncak Alam, 19 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor meneruskan usaha memperkaya wacana ilmu melalui penganjuran Program TELAAH, bersama penulis buku “Celik Fikir”  sempena Program Karnival Ilmu dan Penyelidikan UCS 2025 : Kolaborasi Pintar Industri dan Mahasiswa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor.

Penulis Prof. Dr. Amer Shakir Zainol yang juga merupakan Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM akan mengupas dan membincangkan berkenaan buku Celik dan Fikir yang ditulis oleh beliau. Perbincangan berlangsung selama 30 minit akan dikemudi oleh Puan Nordiana Nordin, Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Maklumat.

Selain program secara fizikal di Bilik Sage PTAR Kampus Puncak Alam, penonton turut berpeluang menyaksikan siaran langsung program melalui YouTube PTAR UiTM Cawangan Selangor. Program ini terbuka kepada warga UiTM serta Masyarakat umum selain menawarkan E-Merit kepada pelajar yang menyertai secara atas talian.

Pihak urusetia program menggalakkan penonton untuk Like, Share dan Subscribe saluran rasmi YouTube PTAR UiTM Cawangan Selangor bagi mendapatkan info terkini program ilmiah dan kandungan bermanfaat yang seterusnya.

🎥 Sertai siaran langsung di YouTube melalui pautan berikut:
👉 Live@PTARKPA