Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Knowledge Sharing

Bicara Pakar “THINK BEFORE YOU POST” Tekankan Komunikasi Berkesan di Media Sosial

PUNCAK ALAM, 12 Mei 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam melalui Seksyen Perkhidmatan Pelanggan telah menganjurkan Program Bicara Pakar bertajuk “Think Before You Post: Teknik Komunikasi Berkesan di Media Sosial” secara dalam talian menerusi platform YouTube Live dan TikTok Live.

Program yang berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi itu menampilkan Encik Mohd Yusof Mustaffar, Pegawai Khas kepada Naib Canselor UiTM (Tugas-Tugas Khas II) sebagai penceramah jemputan. Sesi tersebut dikendalikan oleh moderator, Cik Nurul Faiqah Azahar, Sukarelawan PTAR Kampus Puncak Alam dari Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA.

Dalam sesi perkongsian tersebut, penceramah menekankan kepentingan penggunaan media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat khususnya warga institusi pendidikan tinggi. Peserta turut didedahkan dengan teknik komunikasi yang efektif bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara profesional dan memberi impak positif.

Selain itu, program ini turut memberi kesedaran mengenai kepentingan berfikir sebelum memuat naik sebarang kandungan di media sosial demi menjaga imej individu serta organisasi.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha PTAR dalam memperkukuhkan budaya literasi digital dan komunikasi berkesan dalam kalangan warga UiTM serta masyarakat umum selaras dengan perkembangan teknologi dan media sosial masa kini.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan peserta mengenai etika komunikasi digital yang lebih baik dan bertanggungjawab.