𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
SK Desa Jaya
4 November 2025 (Selasa)
Gelombang literasi digital diteruskan ke SK Desa Jaya menerusi Program Jelajah Pendidikan Digital Daerah Maran 2025, anjuran Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dengan kolaborasi bersama Perpustakaan Al-Bukhari dan Kluster Nadi Daerah Maran.
Berlandaskan Teras 1 Dasar Pendidikan Digital iaitu Murid Fasih Digital, program ini memberi peluang kepada murid untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan teknologi secara menyeronokkan, sambil menerapkan nilai dan adab dalam penggunaan digital yang beretika.
Seramai 200 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 menyertai pelbagai aktiviti interaktif berasaskan game-based learning seperti Keyboard Heroes, Digital Word Hunt, Emoji Smart Talk, Typing Race, File Explorer, Tech Whiz Quiz dan sebagainya. Murid bukan sahaja belajar asas teknologi, malah mereka turut diasah dengan semangat kerjasama dan komunikasi digital yang positif. Selain aktiviti utama, turut disediakan booth pameran yang menampilkan pelbagai bahan dan teknologi pendidikan digital.
Program ini berjaya mencipta pengalaman pembelajaran digital yang menyeronokkan dan bermakna, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Kualiti Pendidikan dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat sebagai usaha berterusan Perpustakaan Al-Bukhari dalam memperkukuh jaringan kolaborasi bersama komuniti sekolah dan membudayakan celik digital sejak usia muda.
Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan berjaya meningkatkan tahap celik digital serta keyakinan diri dalam kalangan murid yang terlibat. Terima kasih kepada pihak SK Desa Jaya, serta semua warga pendidik dan murid yang menjayakan program ini.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan