14 Mei 2026: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Program Kelas Kemahiran Maklumat modul “Easy with MZJ Formatting Method” pada 14 April 2026 bertempat di Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah disertai oleh seramai 30 orang mahasiswa UiTM Cawangan Perak dengan tujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik pemformatan maklumat secara sistematik dan berkesan khususnya dalam penyediaan tugasan akademik.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan kaedah praktikal penggunaan format MZJ yang memudahkan proses penyusunan rujukan serta penulisan ilmiah secara lebih teratur dan efisien. Pendekatan interaktif dan mesra pelajar yang digunakan sepanjang sesi turut membantu peserta memahami konsep dengan lebih jelas di samping memberi peluang untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari secara langsung. Program ini telah dikendalikan oleh Syarifah Hanisah binti Syed Mokhtarruddin, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Perak.
Program ini telah menerima maklum balas yang amat positif daripada para peserta yang menyatakan bahawa sesi tersebut banyak membantu dalam meningkatkan kecekapan mereka dalam pengurusan maklumat akademik. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kecemerlangan akademik pelajar serta memperkasakan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan warga Universiti Teknologi MARA.





Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar