Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Jaringan Industri dan Alumni (ICAN) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Jelajah Ilmu bersama UiTM Cawangan Pahang.
Tarikh : 10 November 2025 (Isnin)
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Hajah Norhasmimi binti Abdul Ghani, Ahli Dewan Negara, yang turut berkongsi amanat dan inspirasi mengenai kepentingan ilmu dalam membentuk generasi berakhlak serta berdaya saing dalam era masyarakat Madani.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah DBP Wilayah Tengah, Yang Berusaha Puan Hajah Rosnita binti Jaโafar, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang, Yang Berusaha Puan Subainah binti Nik Soh, Ketua Jabatan Pendidikan Umum, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Norhapizah binti Mohd Burhan, Koordinator Prasiswazah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Yang Berusaha Dr. Nurul Diyana Sanuddin, Koordinator Jaringan Industri dan Alumni (ICAN), UiTM Cawangan Pahang, Yang Berusaha Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pengarah Program, Jelajah Ilmu Bersama UiTM Cawangan Pahang dan Yang Berusaha Dr. Faezah Muhayat, Timbalan Ketua Akademi DBP.
Program Jelajah ilmu ini berlangsung selama 3 hari dan merupakan hasil kerjasama bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai rakan strategik dalam usaha memperkukuh budaya membaca dan memperluas capaian ilmu kepada masyarakat. DBP turut menekankan hasrat untuk memperkasakan penggunaan digital dan teknologi dalam pembelajaran, seiring dengan keperluan pendidikan masa kini dan perubahan landskap dunia ilmu.
Seramai 90 orang pelajar dari Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor yang juga merupakan rakan strategik program turut hadir memeriahkan majlis ini melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti berteraskan ilmu dan literasi maklumat. Jumlah keseluruhan pelajar Kolej Vokasional Chenor yang akan menyertai program ini selama 3 hari adalah 213 orang.
Program Jelajah Ilmu merupakan antara inisiatif Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, komuniti dan industri, selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta pembudayaan ilmu sebagai asas kemajuan bangsa.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan