Program “Get Caught Reading”anjuran PTAR Kejuruteraan

Pada 11 Mei 2026 PTAR Kejuruteraan telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pengguna perpustakaan yang sedang menelaah serta menggunakan kemudahan perpustakaan. Seorang pelajar lelaki dan wanita yang bertuah telah dipilih memenangi “Get Caught Reading”. Hadiah disampaikan oleh Pn. Norhamimi Othman, Timbalan Ketua Pustakawan. Pengguna bertuah adalah Aina Sofiya Mahat dan Mohamad Khuzaimie Mohd Mokhtar kedua-duanya daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Program “Get Caught Reading” merupakan satu inisiatif dalam usaha memupuk budaya membaca dikalangan warga UiTM. Program ini bukan sahaja menjadikan aktiviti membaca lebih menarik dan menyeronokkan, malah turut membantu dalam meningkatkan tahap pengetahuan individu.

Program ini diharapkan mampu melahirkan generasi yang lebih berilmu dan kreatif melalui pendedahan kepada pelbagai bahan bacaan yang berkualiti. Di samping itu, pelaksanaan program seperti ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif dan kondusif, sekaligus menggalakkan pelajar menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Adalah diharapkan program “Get Caught Reading” diteruskan kerana ia memberi impak positif kepada individu. Dengan adanya program seperti ini, budaya membaca dapat dipupuk secara berterusan demi melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan.

Mohd Farid Mohamed Said

Leave a Reply