PROGRAM: JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

21 Mei 2026: Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan program “Jom Baca Bersama 10 Minit” pada 23 April 2026 bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi ini dan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada staf perpustakaan serta mahasiswa Universiti Teknologi MARA.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk semangat budaya membaca dalam kalangan warga kampus selaras dengan tema “Membaca Membina Bangsa”. Sepanjang tempoh 10 minit tersebut, para peserta telah meluangkan masa dengan bahan bacaan pilihan masing-masing sekali gus menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan pembelajaran berterusan. Penglibatan aktif daripada staf dan mahasiswa jelas menunjukkan komitmen warga UiTM dalam menyokong usaha membudayakan amalan membaca sebagai satu gaya hidup yang positif dan berterusan.

Program ini turut menjadi platform terbaik dalam menyatukan komuniti kampus melalui aktiviti yang ringkas namun memberi impak besar kepada pembangunan sahsiah dan budaya ilmu. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berbudaya membaca serta menghargai kepentingan ilmu pengetahuan

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply