𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
SK Bandar Pusat
3 November 2025 (Isnin)
Siri pertama Program Jelajah Pendidikan Digital Daerah Maran 2025 membuka tirai di SK Bandar Pusat dengan penuh semangat dan keterujaan melibatkan 195 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5.
Program anjuran Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dengan kolaborasi bersama Perpustakaan Al-Bukhari dan Kluster Nadi Daerah Maran ini berlandaskan Teras 1 Dasar Pendidikan Digital iaitu Murid Fasih Digital. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid celik digital yang berdaya saing menerusi peningkatan kemahiran, pengetahuan dan nilai serta adab.
Pelbagai aktiviti interaktif dijalankan seperti Keyboard Heroes, Digital Word Hunt, Emoji Smart Talk, Typing Race, File Explorer, Tech Whiz Quiz dan sebagainya telah membantu murid mempelajari kemahiran asas komputer, keselamatan siber serta kepentingan etika dalam penggunaan teknologi.
Inisiatif ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Kualiti Pendidikan dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat, sebagai usaha berterusan Perpustakaan Al-Bukhari dalam memperkukuh jaringan kolaborasi bersama komuniti sekolah dan membudayakan celik digital sejak usia muda.
Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan berjaya meningkatkan tahap celik digital serta keyakinan diri dalam kalangan murid yang terlibat. Terima kasih kepada pihak SK Bandar Pusat, serta semua warga pendidik dan murid yang menjayakan program ini.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan