Taddabbur Al-Quran@PKEJ

Selasa, 15 Ramadan 1445H, 26 Mac 2024 : Telah berlangsung satu program ilmiah iaitu Taddabbur Al-Quran di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan. Ustaz Mohd Abdul Aziz bin Idris dari Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM telah dijemput untuk memberi perkongsian surah pada kali ini.

Sesi taddabbur yang telah berlangsung selama dua jam telah mentaddaburkan surah Al-Falaq. Al-Falaq yang membawa maksud “Waktu Subuh”. Ustaz juga ada menceritakan tentang beberapa kebaikan surah Al-Falaq antaranya “Allah s.w.t berfirman kepada manusia agar berlindung kepada-NYA dari segala kejahatan”.

Diharapkan dengan perkongsian ilmu kali ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dikalangan warga PKEJ. Terima kasih kepada Ustaz Mohd Abdul Aziz bin Idris kerana sudi hadir ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan dan seterusnya menjayakan program Taddabbur Al-Quran ini.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply