Jom Baca 10 Minit, “Baca Dan Bahagia, Pembacaan Melestarikan Perpaduan

Program Jom Baca 10 Minit & Program Santai Bersama penulis Ceritera Khazanah Pahang

Tarikh : 23 April 2024 (Selasa)

Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari

Tempat: Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Cawangan Pahang

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang berlangsung di seluruh negara serta slot khas Santai Bersama Penulis Ceritera Khazanah Pahang!

Terima kasih diucapkan kepada:

Panel Jemputan : Puan Sulaila Binti Bakar & Cik NorHidayah Binti Md Yusuf (Penulis Buku Ceritera Khazanah Pahang)

Program ini dapat mengukuhkan Peranan Perpustakaan sebagai pusat sumber untuk pendidikan serta meningkatkan literasi dengan pembacaan secara konsisten dan kemahiran kecekapan bahasa dalam kalangan pelajar.

Program yang seiring dengan “SDG4: Quality Education” ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti “Sharing Session” oleh staf dan pelajar yang turut serta dalam menjayakan program ini.

Semoga program yang dijalankan ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan para pelajar serta staf UiTM Cawangan Pahang, bak kata pepatah ‘Membaca jambatan ilmu’.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jom baca 10 Minit@PAB!

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply