READ@UiTM : JOM BACA 10 MINIT BERSAMA WARGA PTAR PST

29 April 2024 – Program Jom Baca bersama 10 Minit pada tahun 2024 telah diadakan di Perpustakaan Sains & Teknologi Tun Abdul Razak yang bertempat di Menara 1 Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam. Program berkenaan telah disambut oleh warga pelajar fakulti Kejuruteraan dimana mereka telah terlibat sama dalam memilih buku serta membuat pembacaan selama 10 minit sebagai simbolik budaya cinta ilmu melalui pembacaan.

Perpustakaan UiTM sentiasa komited untuk memartabatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga universiti dengan meraikan program galakan membaca serta aktiviti penulisan. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.

Muhammad Zaidie Bardan PST UiTM Shah Alam

Leave a Reply