Read@UiTM : Ramadhan Terbaik Buatku

21 Mac 2024 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu mengadakan Read@UiTM : Ramadhan Terbaik Buatku. Perkongsian hebat ini disampaikan oleh Ustaz Wan Anuar Bin Wan Mamat merupakan Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTMCT Kampus Dungun. Program ini dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Facebook dan Youtube.

Ramadhan Terbaik Buatku memberi makna yang mendalam bagi setiap individu kerana semua orang mahukan yang terbaik untuk diri. Pelbagai amalan yang dapat dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan bulan keberkatan antaranya membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah dan lain-lain. Terapkan dalam diri ini, jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terbaik Buatku.

Penceramah turut berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan sepanjang hari pada bulan Ramadhan tanpa mengambil masa dan sangat bermanfaat. Antaranya amalan zikir harian Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar sebanyak 33x setiap di hujung solat.

Terima kasih kepada semua warga Universiti yang sudi meluangkan masa selama sejam dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pengisian program yang disampaikan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM. 

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan dan bulan seterusnya.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply