Audit LRQA@PKEJ

Isnin, 14 Ramadan 1445H, 25 Mac 2024 : Telah berlangsung audit  Pensijilan Semula ISO 9001:2015 daripada Lloyd’s Register Malaysia. Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah dihadiri Mr. Mr. Frederick Low sebagai wakil auditor.

Antara skop tugasan dan SOP kerja yang di audit ialah, urusan perkhidmatan kaunter, urusan peminjaman bahan, urusan bahan hilang dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.

Pihak LRQA berpuas hati dengan pelaksanaan pematuhan, pencapaian dan penambahbaikan yang telah diusahakan oleh PTAR. Oleh itu, Auditor LRQA telah bersetuju mencadangkan pensijilan semula bagi tempoh 3 tahun kepada PTAR UiTM Shah Alam.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak LRQA kepada PTAR untuk tempoh tiga tahun lagi. Kami warga PTAR sangat berbesar hati dan berbangga diatas pencapaian ini.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply