Sesi Libat Urus: Semakan dan Sesi Konsultansi Kaedah Pelupusan Di Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

27 Mac 2024, Rabu – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah berkunjung bagi memberi khidmat konsultansi kaedah pelupusan sebelum pihak Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin membuat proses pelupusan. Sesi ini menerangkan kaedah pelupusan yang boleh dipilih dan mengajar cara mengisi borang penentusahan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan (Borang Arkib 13/08). Selain itu, pihak Pejabat Bendahari juga perlu menghantar laporan bergambar (sebelum, semasa & selepas) pelupusan untuk di hantar ke 3 agensi yang terlibat iaitu Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, Jabatan Akauntan Negeri Melaka dan Jabatan Audit Negara Negeri Melaka.

Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply