Program Mobile Library @ Bangunan Pentadbiran UiTM Kampus Seremban

Khamis, 28 Mac 2024 telah berlangsung Program Mobile Library @ Bangunan Pentadbiran yang diadakan di Lobi Pejabat Bendahari, UiTM Kampus Seremban. Program tersebut diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf pentadbiran UiTM Kampus Seremban.

Buku-buku yang dibawa adalah Koleksi bacaan Agama sempena Bulan Ramadhan

Program kali ini bertujuan untuk menggalakkan staf UiTM khususnya staf pentadbiran Kampus Seremban untuk menggunakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan sekaligus memupuk budaya membaca warga kampus sejajar dengan objektif program Read@UiTM.

Syaiful Hisyam Saleh PTAR Seremban 3 N. Sembilan

Leave a Reply