Program ‘Meet & Greet’ Bersama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan & Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan

Pada 26 dan 27 Mac 2024, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program ‘Meet & Greet’ Bersama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan & Fakulti Perakaunan selama satu jam bertempat di Bilik Seminar PTA.

Program ‘Meet & Greet’ adalah satu bentuk inisiatif baru bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak PTA dan pihak pengurusan fakulti cawangan. Antara objektif pertemuan ini adalah bagi mendapatkan input dan maklum balas mengenai penambahbaikan perkhidmatan yang telah disediakan serta berbincang antara kedua-dua pihak berhubung penglibatan warga fakulti di dalam program dan aktiviti yang dianjurkan serta pemakluman perkhidmatan kemudahan dan koleksi PTA, PTAR Mobile Apps dan lain-lain berkaitan.

Pertemuan secara bersemuka ini melibatkan perbincangan pihak PTA yang terdiri daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan dan Ketua Unit (Pustakawan Kanan) bersama pihak pengurusan fakulti yang dihadir.

  • Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (26 Mac 2024)
  • Fakulti Perakaunan (27 Mac 2024)

Pihak PTA mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi untuk meluangkan masa dan PTA mengambil maklum akan segala maklum balas yang diterima bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna PTA.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply