Sesi 2 : Libat Urus Pengurusan Rekod – PTJ Pejabat Jaringan Industri (PJI)

Tajuk : Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod

Tarikh : 11 Mac 2024

Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi

Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang telah menjalankan satu sesi libat urus bersama PTJ Pejabat Jaringan Industri (PJI)

Program libat urus ini dilaksanakan selari dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024 iaitu dengan penetapan P1 2 : Bilangan libat urus pengurusan rekod, arkib dan galeri bersama pusat tanggungjawab.

Sesi libat urus ini merupakan perjumpaan dan perundingan dengan kumpulan sasar iaitu Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM, di mana staf Unit Arkib Cawangan membuat perjumpaan rasmi secara bersemuka ke PTJ untuk memberi taklimat dan mempromosikan perkhidmatan rekod, arkib dan galeri dalam usaha memberi kesedaran kepentingan pengurusan rekod dan arkib kepada warga universiti.

Sesi ini melibatkan staf Unit Arkib Cawangan. Sesi taklimat dan perkongsian bagi unit arkib telah dikendalikan Puan Rosnita Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply