Lawatan Penilaian Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam

Khamis, 16 Syawal 1445H, 25 April 2024 : Lawatan penilaian ini adalah untuk meneliti struktur keselamatan perpustakaan serta koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Pengajian Kejuruteraan. 

Lawatan ini disertai oleh Prof. Ir. Dr. Mohammed Alias Yusof selaku Ketua Panel, Assoc. Prof. Ir. Dr. Teo Wee dan Ir. Ts. Wong Chee Fui sebagai Panel Penilai dan Pemerhati Penilaian, Assoc. Prof Ir. Dr. Lim Jee Hock dan diiringi oleh Puan Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan PTAR Kejuruteraan serta kakitangan Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Semoga lawatan penilaian kali ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PTAR Kejuruteraan kepada pelajar-pelajar serta pensyarah dan kakitangan Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply