Program 𝐑𝐄𝐀𝐃@𝐔𝐢𝐓𝐌 ❞𝟏 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝟏 𝐁𝐔𝐊𝐔❞ Bulan Mac 𝟐𝟎𝟐𝟒

25 Mac 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program 1 Staf 1 Buku bagi bulan Mac 2024. Seramai 16 orang staf, Pustakawan dan 3 pelajar Latihan Industri telah terlibat dalam program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan staf serta menjadikan membaca sebagai budaya dan meneruskan aspirasi Read@UiTM dengan memperkasakan program galakan membaca di Institut Pengajian Tinggi dalam negara kita. Diharap semoga program ini dapat melahirkan lebih ramai budaya membaca dalam kalangan staf dan pelajar.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply