Takbir Raya@PKEJ

Jumaat, 11 Ramadan 1445H, 22 Mac 2024 : Satu sesi bimbingan “Takbir Raya” dan perkongsian berkaitan kaifiyat dan fadilat takbir bagi pengisian ilmu warga perpustakaan dan warga UiTM di bulan ramadan.

Ustaz Mohd Faizan bin Tajuid dari Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM telah di jemput bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Banyak info yang bermanfaat dan berguna berkaitan takbir raya telah di kongsikan sepanjang program ini berlangsung.

Di akhir sesi ini, kami beramai-ramai melaungkan takbir raya yang di ketuai sendiri oleh Ustaz Mohd Faizan bin Tajuid. Kami berharap segala ilmu dan info berkaitan kaifiyat dan fadhilat tentang takbir raya ini dapat memberi tunjuk ajar kepada semua yang menghadiri program ini.

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Faizan bin Tajuid atas kelapangan masa beliau untuk hadir ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply