Bicara Ramadan@PTAR Siri 2: Marhaban Ya Ramadan

Pada Rabu, 20 Mac 2024 telah berlangsung program Bicara Ramadan@PTAR Siri 2 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dengan tajuk “Marhaban Ya Ramadan” yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Masliyana Ismail, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Kampus Rembau.

Program berbentuk majlis ilmu ini diadakan di Sudut LCE, PTAR Kampus Rembau sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini dan telah disertai oleh warga kampus dari setiap unit dan bahagian. Pelbagai persoalan dan kemusykilan peserta telah diberi penerangan dan didiskusikan oleh Ustazah Masliyana sepanjang program berlangsung.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply