Library Community Engagement Bersama PADU Jabatan Perangkaan Malaysia

Telah berlangsung program Library Community Engagement bersama PADU, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang diadakan pada 19 dan 20 Mac 2024 di Sudut LCE, PTAR Kampus Rembau.

Program ini bertujuan untuk mengadakan kolaborasi antara perpustakaan bersama agensi luar UiTM dalam bentuk penganjuran program kerjasama dan diadakan di perpustakaan itu sendiri. Kali ini, PTAR Kampus Rembau memilih pasukan PADU daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Ekonomi dalam usaha memberi pendedahan dan memudahkan cara pendaftaran bagi warga kampus yang masih belum mendaftarkan diri dan keluarga di dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka ditutup pada 31 Mac 2024.

Sejajar dengan kepentingan perpustakaan sebagai gedung ilmu, PTAR menerusi program Library Community Engagement berjaya mencapai objektif iaitu memberikan maklumat yang tepat dan jelas kepada warga kampus menerusi usahasama bersama jabatan tersebut apabila ramai warga kampus dan komuniti luar mengambil kesempatan untuk hadir dan mendapatkan khidmat sepanjang program dijalankan. Untuk makluman, simbolik perasmian penutup program telah disempurnakan Puan Ilya Isliha Binti Mohd Rozlan, wakil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply