Lawatan Akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)

Pada 12 Julai 2023 pihak perpustakaan telah menerima lawatan para penilai daripada Lembaga Kejuruteraan Malaysia ( Board Of Engineers Malaysia ) sempena Lawatan Penilaian Akreditasi ETAC – Engineering Technology Accreditation Council untuk Diploma Kejuruteraan Awam – CEEC110 .

Lawatan ini bagi melihat penyediaan bahan bacaan silibus dan sumber prasarana pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk Fakulti Kejuruteraan Awam yang disediakan di Perpustakaan Al-Bukhari Uitm Pahang Uitm Cawangan Pahang.

Antara yg dibincangkan termasuklah melihat semula bahan bacaan silibus yang perlu dikemaskini oleh FKA untuk keperluan P&P serta penggalakan pelajar FKA ke Kelas Kemahiran Maklumat dan ‘Research Packages’ bagi memastikan mereka sentiasa menggunakan ‘online databases’ yg dilanggan oleh perpustakaan dan dapat digunakan secara optimum.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply