Resonance of Liberation : Save Palestine

17 Januari 2024 – “From the river to the sea, Palestine will be free” … Terpanggil dengan isu semasa yang sedang berlaku pada masa kini dan sebagai menyokong kempen “Save Palestine”, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah bekerjasama dengan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi menganjurkan sesi mendeklamasi sajak. Ianya dilaksanakan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR Kampus Permatang Pauh.

Seramai 17 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Elektrik telah mengambil bahagian di dalam sesi mendeklamasi sajak yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Cik Marni Jamil, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa selaku penaung program menyatakan objektif program ini merupakan tanda sokongan kepada kempen “Save Palestine” selain menyediakan platform untuk pelajar mengasah bakat “public speaking” mereka.

Turun hadir memeriahkan sesi mendeklamasi sajak ini ialah Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Faizar bin Jaafar, Puan Noraziah Mohd Amin, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa serta pelajar-pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply