Program Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 3.0 2024

30 Januari 2024, Selasa – Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka bersama rakan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Program Professional Communication Exercise: Industry On Campus Symposium (PiCaSo) 3.0 2024. Program ini merupakan pembentangan poster secara fizikal bagi projek pelajar semester 5, program Diploma in English for Professional Communication (LG120) bagi subjek Professional Communication Exercise (ELS304) dengan penglibatan pihak industri. Program dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program telah diketuai oleh Dr. Ameiruel Azwan bin Ab Aziz, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Melaka bersama Ahli Jawatankuasa dari Akademi Pengajian Bahasa dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Manakala, panel industri terdiri daripada Dr. Wan Farah Wani Wan Fakhruddin, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia, Puan Nik Rahila Wan Ibrahim, Pensyarah Kanan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Puan Nazatul Melissa Othman, Head of Translation And Book Services Division, Malaysian Institute of Translation and Books (ITBM) dan Encik Izzul Naim, Pengarah Pengurusan, NL Studio.

Program yang melibatkan sebanyak 42 pembentangan poster oleh pelajar telah disempurnakan oleh Puan Siti Zuraina Binti Gafar @ Abd Ghaffar, Penyelaras Diploma in English for Professional Communication (LG120), Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka beserta sesi perkongsian dari panel industri yang hadir di akhir sesi. Setinggi tahniah kepada semua pembentang dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program.

Sekitar pembentangan poster oleh pelajar

 Sekitar pembentangan poster oleh pelajar

Sekitar pembentangan poster oleh pelajar

Sekitar pembentangan poster oleh pelajar

Sesi perkongsian dari panel industri yang hadir.

Sesi perkongsian dari panel industri yang hadir.

Sesi perkongsian dari panel industri yang hadir.

Sesi perkongsian dari panel industri yang hadir.

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply