Taklimat Program Bicara Ilmu Bersama Naib Canselor

Khamis, 
23 Syawal 1445H,
2 Mei 2024M:

Satu taklimat berkenaan penganjuran program Bicara Ilmu yang akan menampilkan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan pada 2 Mei 2024 di Pejabat Naib Canselor.  

Pertemuan pada hari Khamis jam 9:00 pagi adalah bagi menerangkan perjalanan program Bicara Ilmu yang akan diadakan pada 30 Mei 2024. YBhg. Datuk Naib Canselor telah sudi melapangkan masa sebagai panel dalam program siaran langsung anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang akan mengupas tajuk ‘Pembudayaan Ilmu membentuk Adiwangsa’. 

Pertemuan selama satu jam ini turut dihadiri oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi PTAR. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply