Lawatan Daripada IPD Alor Gajah ke PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

29 April 2024, Isnin – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan lawatan daripada IPD Alor Gajah iaitu ASP Istamal bin Md Som – Ketua Cawangan Khas Daerah Alor Gajah merangkap Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah UITM Lendu. Turut hadir kunjungan tersebut adalah S.I Mokhtar bin Haron – Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah UiTM Lendu. Kunjungan ini diiringi oleh INS/PB Mohd Azmi bin Mohd Ali Anafiah bersama seorang pensyarah iaitu Puan Norida binti Abu Bakar dan 5 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka. Sesi lawatan ini bermula dengan lawatan di sekitar PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah yang diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi seterusnya, ASP Istamal dan SI Mokhtar di bawa ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi melihat sekitar Unit Arkib dan pameran mengenai sejarah UiTM Cawangan Melaka yang diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply