Library Street Series 1/2024

24 Januari 2024 (Rabu) – Sebagai pembuka tirai tahun 2024, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi telah menganjurkan Program “Library Street Series 1/2024” bertempat di Medan Selera, Kolej Kediaman UiTMCT Kampus Bukit Besi. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Bukit Besi ini mensasarkan pengunjung medan selera yang terdiri daripada para pelajar dan staf UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Kolaborasi yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk berkongsian sumber bahan bacaan selain berkongsi matlamat dan tujuan yang sama dalam melahirkan masyarakat membaca.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyokong kempen membaca di kalangan warga UiTM selain menerapkan budaya ilmu di kalangan warga sesuai dengan tagline baharu Perpustakaan UiTM iaitu “Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa”.

Berkampung 4 jam di situ, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disajikan kepada pengunjung antaranya pinjaman dan pemulangan buku, semakan dan pembayaran denda, pameran Book2U, konsultasi dan banyak lagi. Mengambil peluang sempena minggu ulangkaji, perpustakaan menyediakan bahan bacaan santai berupa novel dan majalah sebagai strategi mengurangkan ketegangan sebelum menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba.

Penulis: En. Mohd Shahnizam Mat Zain, Pustakawan Kanan

Mohd Shahnizam Mat Zain Per. Cendekiawan Bukit Besi Terengganu

Leave a Reply