Program Lawatan Sambil Belajar Murid Sekolah Kebangsaan Daerah Maran dan Temerloh

Program Lawatan Sambil Belajar Murid Sekolah Kebangsaan ini telah diadakan pada 8 November 2023 (Rabu) pada jam 10.30 pagi yang bertempat di Perpustakaan Al- Bukhari UiTM Cawangan Pahang.  Program ini telah melibatkan 4 buah sekolah yang melibatkan seramai 145 orang murid. Antara Sekolah Kebangsaan yang terlibat adalah dari daerah Maran dan Temerloh iaitu:

  1. Sekolah Kebangsaan (FELDA) Jengka 18
  2. Sekolah Kebangsaan Sungai Gau
  3. Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh
  4. Sekolah Kebangsaan Chenor

Para pelajar diberi taklimat dan penerangan bagaimana perpustakaan di universiti beroperasi serta melihat kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan serta dibantu oleh staf-staf yang lain.

Pelajar dibawa untuk melihat sekitar kawasan serta fasiliti yang terdapat di dalam dan luar Perpustakaan Al-Bukhari ini. Pelajar juga dapat melihat cara bagaimana proses peminjaman buku yang dilakukan di dalam perpustakaan ini disamping menggalakkan pelajar untuk menanamkan minat yang tinggi terhadap budaya membaca.

Semoga lawatan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu. Lawatan ini dapat juga dapat menyokong SDG 4: Quality Education yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply