Mobile Library PKEJ@Hotel UiTM

Pada 23 Januari 2024 (Selasa), Program Mobile Library telah dilaksanakan di Hotel UiTM Shah Alam. Program yang bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 petang diadakan untuk menggalakkan warga UiTM di kalangan staf untuk membuat peminjaman buku-buku yang dibawa dari perpustakaan.

Tujuan program ini diadakan bagi mendekatkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan. Seterusnya menggalakkan peminjaman di kalangan warga staf UiTM.

Pihak kami juga telah menyediakan hadiah kepada sesiapa yang membuat pinjaman buku ketika berlangsungnya program ini. Semoga dengan cara ini lebih ramai lagi berminat untuk membuat pinjaman buku.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga UiTM di kalangan staf khususnya mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga UiTM dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Norsaliha Mad Mudin PKEJ Shah Alam

Leave a Reply