Bengkel Tatacara Mendaftar di Google Scholar, Scopus dan WoS

22 Januari 2024, Isnin – Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Tatacara Mendaftar di Google Scholar, Scopus dan WoS secara atas talian melalui platform Cisco Webex. Bengkel ini bermula seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, disertai seramai 77 orang penyelidik UiTM Cawangan Melaka. Tujuan bengkel ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tatacara proses pendaftaran profil penyelidik yang lebih teratur dan sistematik seterusnya membantu meningkatkan jumlah sitasi serta h-indeks penyelidik susulan dari peningkatan kadar ketampakan (visibility) penyelidik itu sendiri.

Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan dibantu oleh Dr. Raihah Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan, Unit JPU, Bahagian PJI, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator.

Semoga dengan adanya taklimat seperti dapat membantu mencapai objektif yang disasarkan, seterusnya membantu penyelidik menguruskan penerbitan universiti dengan lebih sistematik dan memberi impak kepada penghasilan penyelidikan yang lebih berkualiti.

Gambar sekitar taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply