Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke Jabatan Sumber Rujukan Universiti, PTAR UiTM Shah Alam

8 Januari 2024, Isnin – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan lawatan penandaarasan Jabatan Sumber Rujukan Universiti, PTAR UiTM Shah Alam bagi mengetahui dan mempelajari tadbir urus Jabatan Sumber Rujukan Universiti terutama sekali dalam proses perolehan bahan rujukan universiti di PTAR UiTM Shah Alam.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 4 orang staf Unit Sumber Rujukan Universiti, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Kehadiran kami telah disambut oleh Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Puan Jaz Norfazuna binti Jaafar, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam.

Semoga hasil lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perolehan bahan rujukan universiti di UiTM.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply