Program Sehari Bersama Alumni Teknologi Pembinaan

19 Januari 2024 : Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Program Sehari bersama Alumni Teknologi Pembinaan. Program telah berlangsung di ruang Library Community Engagement Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Program ini dianjurkan oleh Prof. Madya Ts Dr. Siti Akhtar Mahayuddin, Penyelaras Program (AP265). Seramai 52 orang pelajar telah terlibat pada program ini. Aktiviti program ini adalah pembentangan idea projek pelajar yang mendaftar kursus DCT614 (Projek Inovasi 1), disamping sesi perkongsian ilmu dan pengalaman dari Alumni Teknologi Pembinaan tentang dunia pekerjaan di bidang teknologi pembinaan.

Disediakan oleh : Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Avatar photo
Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply