“Library Outreach” & Kelas Penyelidikan Pengurusan Arkib & Rekod Perpustakaan Tengku Anis

Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan ‘library outreach’ dan kelas penyelidikan bersama pelajar bagi kod kursus Administration of Archives (IMR455) dan Foundation of Archives (IMD313) selama empat hari (14,16,17 & 18 Januari 2024). Turut hadir bersama Puan Fatin Nur Zulkipli, Pensyarah bagi kesemua kelas tersebut.

  1. 14 Januari 2024 (Ahad) – kelas D1IM1105A (9 pagi hingga 11 pagi), D1IM2453A (2 petang hingga 3.30 petang) & D1IM2453B (3.30 petang hingga 5 petang)
  2. 16 Januari 2024 (Selasa) – kelas D1IM1105B (12:00 Tengah Hari – 1:30 Petang)
  3. 17 Januari 2024 (Rabu) – kelas D1IM1105D (9:00 Pagi – 11:00 Pagi)
  4. 18 Januari 2024 (Khamis) – kelas D1IM1105C (11:30 Pagi – 1:00 Petang)

Taklimat pengenalan unit arkib telah dilakukan bertempat di Bilik IT dan disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan & staf-staf (pembantu pustakawan kanan) unit arkib PTA iaitu Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor, Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly & Puan Syamsilawati Dahari.

Selesai sesi taklimat, para pelajar dibawa ke unit arkib termasuk ke stor penyimpanan rekod untuk lawatan dan melihat sendiri bagaimana fail-fail dan rekod disimpan, proses pendigitalan bahan arkib, proses pelupusan, kerja-kerja penjilidan dan lain-lain.

Semoga melalui ‘library outreach’ ini, para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka akan situasi sebenar proses kerja bagi pengurusan rekod di organisasi khususnya di unit arkib PTA.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply