Simposium Memperingati A. Samad Ismail

Isnin, 

3 Rejab 1445H, 

15 Januari 2024: 

Simposium Memperingati A. Samad Ismail telah diadakan pada:

Tarikh:     15 Januari 2024 (Isnin) 

Masa:       8:30 pagi hingga 5:30 petang 

Tempat:    Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 

Medium:  Hibrid 

Simposium bagi memperingati tokoh wartawan negara telah dirasmikan oleh Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. 

Anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), New Straits Time Press (Malaysia) Bhd., PTAR dan Press Forum Asia (PFA), simposium ini telah mengundang tokoh-tokoh kewartawanan dan media arus perdana berikut bagi mengisahkan kembali pengalaman bersama tokoh tersohor ini: 

  1. Tan Sri Johan Jaafar – Tokoh Wartawan Negara.
  2. Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat) – Kartunis, Seniman Diraja.
  3. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican – ISTAC-IIUM
  4. Abdul Rashid Yusof – Apakhabartv
  5. Datuk Yong Soo Heong – Institut Akhbar Malaysia 
  6. Ku Seman Ku Hussain – Kolumnis 
  7. Raja Ahmad Aminullah – Penulis & Sasterawan 
  8. Datuk Mustapa Omar – Institut Akhbar Malaysia 
  9. Lily Haslina Nasir – Penulis Bebas 
  10. Ismail Hashim – Pensyarah & Kolumnis 
  11. Profesor Dr. Azhar Hj. Wahid – Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  12. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad – Universiti Malaya

Siaran ulangan simposium boleh dilayari menerusi pautan berikut: 

  1. Sesi 1 Simposium A. Samad Ismail 
  2. Sesi 2 Simposium A. Samad Ismail 

Sorotan media berkaitan simposium ini: 

  1. Berita Harian 
  2. Utusan Malaysia 
  3. New Straits Times 
  4. Sinar Harian 

                                    Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

                                                             Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat) 

                                                       Sidang akhbar bersama Tun Musa Hitam. 

                             Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican tandatangan buku pelawat PTAR 

Para hadirin Simposium Memperingati A. Samad Ismail 

Share: 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply