Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Ke Information Resource Center (IRC) Universiti Teknologi Petronas (UTP)

17 JANUARI 2024 : Perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Information Resource Center (IRC) Universiti Teknologi Petronas (UTP). Lawatan ini diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 16 orang staf serta 5 orang pelajar latihan industri.

Kehadiran kami telah disambut dan diberi taklimat oleh Puan Kamaliah Mohd, Pengurus IRC UTP, Puan Siti Nurbaya binti Abd Karim, Pegawai Eksekutif Kanan IRC UTP dan Encik Helmi Iskandar bin Suito, Pegawai Eksekutif Kanan IRC UTP. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan yang terbaik di dalam organisasi tersebut, disamping untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan ‘Virtual Reality’ yang telah diperkenalkan oleh pihak IRC (UTP) kepada pelanggan. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata dan bergambar.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply