Pertandingan Ulasan Buku Melalui Video 2023

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Ulasan Buku melalui Video 2023 bermula 10 Oktober 2023 sehingga 09 November 2023. Penyertaan pertandingan ini dibuka kepada warga pelajar.

Pertandingan ini dilaksanakan bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga universiti dalam pelbagai cara.

Antara pemenang pertandingan:

TEMPAT PERTAMATUAN NUR AZLINA BINTI TUAN IBRAHIM

TEMPAT KEDUANUR AMIRAH BINTI MOHD AZMI

TEMPAT KETIGADINIE SORFINA FATHANAH BINTI KAMARUL ARIFFIN

dan 3 SAGUHATI

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Video boleh dilayari di Youtube PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UITMCTKKT :

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply