Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak 2023

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak 2023 bermula Oktober 2023 sehingga Disember 2023. Penyertaan pertandingan ini dibuka kepada warga pelajar dan staf.

Pertandingan ini dilaksanakan bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan warga universiti.

Antara pemenang pertandingan:

TEMPAT PERTAMA – SITI NORFATIN FARHANA BINTI MISBAN (96 naskah)

TEMPAT KEDUA – TUAN NUR AZLINA BINTI TUAN IBRAHIM (38 naskah)

TEMPAT KETIGA – ALISA SOFIA BINTI MOHD NUHAIRI (23 naskah)

dan 3 SAGUHATI

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply