Read@UiTM : It Starts with You : Turn Your Goals Into Success

29 November 2023 (Rabu) , Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah bekerjasama dengan MeCFest mengadakan Read@UiTM : It Starts with You : Turn Your Goals Into Success. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Noorul Huda binti Zakaria, Pensyarah Kanan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dilaksanakan secara bersemuka bertempat di Dewan Lestari, UiTM Kuala Terengganu selama satu jam.

It Starts with You : Turn Your Goals Into Success mengenai  cara memotivasikan pembaca dan menyediakan laluan yang jelas ke tahap kecemerlangan dan pencapaian peribadi yang lebih tinggi. Selain itu, ia memotivasikan “Adakah anda sedang berusaha untuk mencapai titik kemuncak kehidupan prestasi puncak, pencapaian peribadi, kejayaan profesional dan kecemerlangan tetapi tidak tahu bagaimana anda akan sampai ke sana? Adakah anda bayangkan anda kekurangan sumber, sokongan, atau keberanian untuk memulakan dan meneruskan?”.

Dalam buku ini menyatakan ketepikan pemikiran itu sekarang. Kuasa untuk mencipta apa sahaja yang anda bayangkan sudah ada dalam diri anda; tetapi, anda sudah tahu itu. Apa yang anda tidak tahu ialah cara membuat perkara ini bergerak, cara beralih daripada mod berpotensi, carta arah dan pergi. Apa yang anda kurang ialah arahan asas.

Pengisian program yang disampaikan selama satu jam mendapat maklumbalas yang baik dari warga UiTM. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada diri kita untuk terus berjaya walau apa cabaran sekalipun. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply